Monday, September 17

konklusi itu yang aku cari . .


ASSALAMUALAIKUM guys, iyoow wassap. mm ahhh. now aku dah lama tak menulis, so about this post i want to write about what we call konklusi itu yang aku cari. 

kalau konklusi kan maksud dia penutup, akhiran, kesudahan. jadi pada pandangan aku, konklusi ni macam benda yang at last boleh bagi aku ketenangan. macam happy ending lah bak kata mat saleh. kahkahkah. jadi cakap pasal ketenangan ade yang carik dgn pergi ke tempat yang damai aman, macam ni . .




well then ada jugaaak cakap dgn benda camni, hahahaha. 
*nampak sangat bodohnya. jgn try





okay jadi tuuu some ways nak cari ketenangan bg some peeps. so let me share , hw i got my ketenangan *beside of zikir, solat and etc. 



*tadaaaaa; ini lah cara aku mencari konklusi.
jujur, aku tak pernah merasa lebih gembira apabila berada di kampung halaman. ketenangan tu yang jarang aku rasa, semenjak masuk sekolah asrama ni. suka duka gelak ketawa, hmmmph, hanya menjadi memori yg aku rasa masih teguh dalam sanubari.

okay kalau korang, maybe tak rasa. sbb aku mmg dibesarkan dgn suasana mcm ni. aku tak kesah kalau kena mandi parit, aku tak kesah kalau pergi tangkap ikan dlam sungai2. sbb aku tahu, pengalaman macam ni, mungkin sukar utk difahami generasi XY yg akan datang. 



ini aku selitkan gmbr sedara aku sekali, hahahaha. dia mengajar aku melihat dunia, bagi perspektif yang aku rasa berjaya membuka minda aku. aaahhh, pengalaman ni. sukar nak dilupa

ahhh, banyak lagi gmbr yg ingin aku kongsi. tapi, maklumlah kekurangan gajet. takpe takpe. mungkin satu hari nanti. memori yang aku simpan ni, satu hari nanti aku pasti akan buat aku tersenyum kembali. salam . chow XD








Friday, December 9

LIDAH DAN TUJUAN :P

HAI AND ASSALAMUALAIKUM :D

*okay cuba teka amende ni?

Hahaha, okay. jawapan dia adalah lidah. ini lah lidah kita apebila dah di close up bbrape kali. kahkah. geli bukan? jangan geli sbb ini lah dia ciptaan Allah yg maha hebat lagi maha berkuasa.SO APA KEGUNAAN DIA?

basically function dia adalah :

1) membantu menelan makanan ketika dikunyah
2) membezakan rasa masam, masin, manis, pahit,
3) haiwan mengggunakan lidah untuk membersihkan badan, bulu dari kotoran2.
4) membantu manusia bercakap *kahkah takde lidah cemana nak cakap

dan banyak laaagi.

TAAAPIII, aku fed up betul dengan manusia yg menggunakan lidah untuk menaburkan janji2 palsu and etc, haahaha. bagi aku ini lah manusia paling2 bahangang la kata org, macam pepatah melayu cakap CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

contohnya macam ni

JANTAN : I JANJI, I AKAN JAGA YOU SAMPAI MATI SAMPAI MATI, SUMPA * buat muka comel
BETINA : YEKE? OHHH TERHARUNYAA SAYA * muka gampang.

pastu dah suka2 itu ini, sedap sana sedap sini, dia pi tinggal je prempuan tuhh. hahaha. ape punya perangai lah mcm ni. dah buat masalah dgn anak org, oh tak boleh mcm ni wey.

soooo itu lah kebanyakkan situasi yg berlaku dalam norma kehidupan masyarakat skrg, cakap kemain lebat, pastu benda takdekk, haiyooo. tak kurang jugak yg suka mengumpat ni. OH OH and ada jugak yg mulut byk ckp lepas je, yg ni pun bahaya jugak. silap silap boleh kena bantaii

MACAM NI?


*Merbahaya bukan? hahaha.
soo the conclusion is kalau nak guna lidah tu, guna la dgn sebaiknya, kena tgk keadaan la jugak. ingaaat? jgn sakitkan hati org, wuyh bahaya tu, sakit hati org susaaaah dik. mau tak naya kita.

guna lidah dgn sebaiknyaa, kena ada TUJUAN yg betul. kay? hahah. okay tu je utk pos kali ni.


* ROLLING STONE PUN BOLEHHH :D
lagu berkenaan * promote band local (Y)






Tuesday, December 6

HANTU : DULU, KINI, SELAMANYAA..


BHAHAHA, okay gelak dulu baca entri ni. Yoo and Assalamualaikum guys di luar sana? mcm mana hidup?berapa anak dah? * ceh mcm dah kahwin je kan. Okay kali ni aku nak tulis pasal hantu2 zaman dahulu dan zaman sekarang. ape beza depa? ape tujuan depa muncul dok kacau org sana sini tuh. hahaha. okay jom kita tengok few gmbr hantu zaman dahulu kalaa dulu. weee heee, tak baik utk penakut lah benda ni. enjoyy:D

HANTU ZAMAN DULU :P


PONTIANAK *COMEL MUKA DIA, HAHA . .


OKAY YANG NI COMEL, HAHA POCONGSS :d


TOYOL? WIKITWIKIT :D

so dia atas ni ade beberape jenis yg agak typical dalam kalangan masyarakat melayu. kahkahkah. dari yang mengacau org2 sekitar smp yg mencuri duit, itu lah kerja benda ni semua. TAPI YANG PELIKNYA, ZAMAN SEKARANG PUNYA HANTU PUN TAK KURANG HEBAT JUGAKK. dulu hantu nak jumpa payaah, sekali sekala je, kalau SEKARANG? perghh. ramai wa cakap lu. nak tgk?  meh sini.


HANTU ZAMAN SEKARANG :O


HAHAHA ISAP APA TU BANG?


YANG NI HANTU BONCENG :)



PERGH HANTU PALING GANAS DIA NI LA

so how? dah tengok jenis2 hantu tuuh? ahaha. so kepada hantu2 zaman skrg, yeah masih ade harapan lagi, aku mengaku aku tak seperfect mana, ada jugak cacat celanya, tapi kita nasihat menasihati ni, mana tahu kan dapat hidayah ke, walaupun pos sekecil kuman ni, bhaha. okay? cool cool. hidupp ni penuh berhargaa la bro, kite penuhkan dgn aktiviti yang bagus la. jgn la buat benda2 bodo ni, kita sama2 berubah utk mengejar satu tujuan. iaitu Allah dan Rasulnya . hihi assalamualaikum :D

enjoy lagu ni, oh yaaa ade msg dkt hujung video, tgktgk :D



Monday, December 5

LUAHAN KOTAK HATI SEORANG AKU :(

assalamualaikum and helloo new york , kite tengok situasi di bawah ni.

bapa : dah decide nak duduk dgn sape dah? kita bincang skrg
anak : . . .(tanda diam)

smpai satu saat, 

anak : kita decide nak duduk dgn mama.
bapa : *muka kelihatan separuh hampa dan sedih.

hmmm, well itu lah yg berlaku harini. benda yg mungkin korang anggap remeh, tp pada aku beri kesan mendalam. aku tanak kelihatan berat sebelah dalam menyayangi ibu bapa aku yg dah cerai ni. kalau laaah boleeh aku tunjuk hati ni depan dyorg, aku nak dyorg puas hati dgn ape yg aku ada. aku buat hny yg termampu utkk syg dyorg. yaaa aku mengaku, aku bukan jenis suka tunjuk perasaan dkt org2 yg aku syg even parent aku sendiri.

Tapi peristiwaa ni, baru aku tersedar, baik aku luah kan segalanya kat dyorg. . aku tak boleh lupakan riak bapak aku. dia mcm kesedihan, hampa, kecewa. mesti dia ingat aku tak suka dia, TAPI DIA SILAP. aku nak dia tahu yg dia lah ayah paling hebat dlam dunia, dan tak ada bapak yg lebih hebat daripada dia*walaupun mak aku dah kawin.pada mak aku pulak, aku nak dia tahu dia sungguh hebat, penyabar orang nya melayan karenah aku aku adik beradik. yaa, aku byk karenah dgn dia. tapi kalau lah dia tahu aku syg dia sgt2 cuma aku je tak tunjuk.kalau lah dia tahu, kalau lah dia rasa ape yg aku rasa skrg ni


well that's my mum.roslina bt mohammed,my dad takde gmb,laptop baru :(



takpeelaah, biar aku simpan perasaan ni dulu, sampai suatu masa nnt aku akan memahami semua ni ada hikmah dan pengajaran. pada aku ini lah yg terbuku di kotak hati aku yg tersimpan pelbagai kesah suka duka hidup aku. suatu hari nnt aku akan tersenyum mengenang semua ni, haha. yeah that's all yg apa nak aku luah kan dalam pos kali ni.


lagu berkaitan 


Saturday, December 3

BERPAHALA DALAM BERDIALOG ?


hohooyyy asalamualaikum, hahahaha. so how's life? aku mcm biasa lah. dgn kjg nya banjir, perghh dalam sejarah kjg banjir. bukan selalu dapat mcm ni en. well anyway the main point that i want to share to you all is MACAM MANA NAK DAPAT PAHALA DALAM DIALOG PERCAKAPAN YG SERBA MODEN NI. haaa. aneh bukan? tp itulah benda menarik yg dpat aku realize and sebarkan. hihi :D

*mcm ni lah banjir dia, siap ada buaya bagai.
well kadang2 kita sering menterjemah perasaan kita dengan ucapan or anything yg PELIK2 la en, yg mane kite tak tau boleh menyebabkan Allah murka, and kawan2 korang semua naik hangin. jadiii, apa kata kita biasakan lidah dgn ucapan yg lebih sedap 'didengaq' dan tmbh pahale kite yg tak tentu constant ni.



YANG BIASA







BIASAKAN YANG SEBETULNYA
Pergh...gempak gilerr...
OMG(oh my god)...
Terbaek...
OK...Orait...
Cilakak..
Alamak..Lupa lak

Arghhh...pening...
Eeee...teruknya...
Opocot...
Hek eleh...

 tukar kepada
tukar kepada
tukar kepada
tukar kepada
tukar kepada
tukar kepada

tukar kepada
tukar kepada
tukar kepada
tukar kepada


 Subhanallah...
Ya Allah...
Alhamdulillah..
Insya-Allah..
Masya-Allah..
Allahumassolli 'ala Muhammad..
Astaghfirullah..
Na'uzubillah..
Allahu akbar..
La ilaha illallah..

Sumber * awam




Humang aihh, sonang yoo. takdolah susah manooo. okay kita sama2 try, betul kan yang biasa, biasakan yg sebetulnya. mcm org melayu2 cakap.
"HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH"
sedar tak sedar, kita dah tmbh pahala.and  buat Allah lagi sayang kat kita. the subject is us. termasuk la yg tulis ni, yelah manusia mana pernah perfect. soooo, kite doa semoga Allah s.w.t bagi kita petunjuk dan hidayah . okay ? * so lagu bawah ni perfect, selami setiap bait lirik dia. moga kita insaf







Thursday, December 1

ENJOY YOUR LIFE DUDE :D

amaran kepada ibu mengandung dan pesakit lemah jantung :D


waaait, play dulu video kat atas tuu. dah? mai sambung baca, hihi. heyy and assalamualaikum wbt, sihat? well apa rough look la korang tengok video tu? bukan setakat budak pusing2 jeee. haha. for me video yg berdurasi selama 43 saat ni, fiuhh menunjukkan keseronokkan dalam kehidupan. tak gituu? dengan budak2 nye, GAHH, looks perfect. so ada 3 benda yg aku rasa lah boleh buat aku happy* byk lagi sbnrnya, karang kalau type, panjang sangat, malas nak bacakan? so last post haritu, aku buat pasal kisah sedih hidup aku, 
sekarang jom kita tengok benda yg dapat buat aku dan mungkin kita sama2 happy pulak :D


1) AGAMA
penyelesaian yg plg utama yg aku rasa utk masalah kita adalah apa, anak2? * yeah betul. balik kepada ajaran agama lah. asik cerita problem dgn kawan2 je en, dgn Allah? haa. baik kita mengadu dgn-Nya dulu sbb dialah yg maha hebat, maha kuasa dan segala-galanya. okaay? * good :D


2) KELUARGA
second, family. yeah depa ni hebat jugakk. depa ni lagi power la bab2 settle2 masalah, sbb depa lagi kenal kita, dari kecik sampai besaaar, dia dgn kita weh. so appriciate it cause family itu satuu benda yg sgt berharga. guna dgn sebaiknya lahh :I * muka comel pulak


3) SAHABAT
lasttlyy, baru sahaabatt. org2 tua kata bila sahabat gembira ramai, sahabat menangis? layan sorangg2 je. hahaha. prinsip ni totally salaah. happy ke sedih ke, dia tetap sahabat kita. so maybe kalau kita nak share prblm apa salahnya, asal tak lebih2 laa kan. okaay? hihi :P

so ituu few tips yg boleh maybe korang try utk jadi se-happy video di atas tadi. hahaha. so the conclusion iss enjoy yr life as you happy can lah, jgn sedih sangattt. senyum sikitt, bukan susah. kan? hahaha. okay itu je, peace out bradaaa :D

p/s : thanks for DIYANAH NORDIN, for the video :D

*soo again lagu tema utk pos kali ni, haha :D






















Monday, November 28

JIKA DIBERIKAN KU SATU PELUANG :(




suami: dengan ini saya, depan anak2 saya ceraikan awak dengan talak satu. korang semua saksi, kalau naik court, saya ada saksi. ini saksi saya.
isteri: saya tak kesah kalau itu yang awak nak, saya pun dah tak boleh nak marah.

HAHA yeah . well anyway assalamualaikum. biasa dgn ayat kat atas? benda biasa dalam tv kot, jangan ckp tak tgk tv en.nyaahahaha .btw, yeah benda ni pernah berlaku dalam kamus hidup aku sbg aqmar danial shaifutra * cehh tu pun nak full name. yup masih jelas dalam ingatan aku, pukul 9 malam hari selasa mcm tu *ayat bukan seperti dialog di atas. dalam umur yg agak matang, parent aku cerai. yelah aku admit, sedih tu mesti ada. sbb dah biasa hidup berfamily. unite, tp kadang2 aku tny kenapa benda ni berlaku?

mcm la sedih dia.
my father always said,
 "boboy belajar betul2, jangan jadi mcm family kita, do your best"

hahaha. still remember kita lepak satu family lepak pd, mcm annual vacation gaklah. tp sekarang? ada? seriously kalau lah dapat lah machine undur2 masa mcm doraemon tuh, better aku jadi baby balik. lagi seronok kan. tp benda dah berlaku kan. nak patah kata org tak guna. benda dah jadi nasi.


now, my mom dah happily married dgn my new dad. well he's kinda funny la. but kadang2 je. tp, still tak dapat lawan dgn my real father. tak dapat jumpa lagi kiteorg punya keserasian lah kata org kampung. hahaha. well i hope i found it later. my father pun dah ada dia punya gf. boleh tahannn jugak lah kan, mana adil kalau sorang je suami, pastu ayah aku takde awek ke ape. haha. so i promise, utk belajar sebagus boleh utk elak benda ni. hmmmm, itu my next mission bebeh.

so this is my next ccoretan sbg seorang blogger. mengisi masa lapang yang ada. benda ni jadikan pedoman, bukan nak bukak aib ke apa. just jgn pilih jalan singkat la. so so so. itujelah utk harini.

lagu tema utk pos kali ini, hihi



SOCIAL NETWORKING :D

BANGUN LAMBAT LAGI. hahaha. yeah itulah aku kalau time cuti sekolahh. takdenya nak bangun awal. punca dia? ahahah, senang je. socialnetworking la ape lagi. kadang2 otp dgn kawan ke en. skype ke. So im writing today about sebanyak sedikit tentang social networking in my life. apebenda ni? menatang apa ni? hahaha. exposed sikit, takkan ta tau pulak. bukak la kamus ke apa. okaaay, aku ingat lagi first time, dulu semua batak myspce en, aku pun tak ketinggalan. so that time i was std 6, baru NAK KENAL DUNIA lah katakan. hahaha. aku paksa mama aku tolong ajar buat benda2 * yelah dia lagi pro kan. so itulah THE FIRST TIME, aku buat benda2 ni.



so myspce, byk memories yg tak boleh lupa. dulu benda dia simple jee, skrg dah makin serabut2. haha aiyoo semak kepala otak. kadaang2 bukak jugak la kan. org yg onl boleh kira pakai jari, duluuuu, haramm ramai gila. NAK KIRA SUSAH pulakk. aaah, apa aku kesah pasal benda tu. tp ingat lagi aku pernah gaduh, fight one on one la kiranya mcm tu, pasal myspce ni jugak la. oh damn, bila difikir balik, benda ni mcm bodoh jeee. benda simple je. nak gaduh2 sampai mata lebam la gaduh tumbuk2. parent aku pun dah masuk campur bila dapat tahu. siot jee, mesti dyorg ingat aku kaki report. HAHAHA TAAAAPIII BENDA DAH LEPAS, KITE WAT LEK WAT PIS je laaah. hahahaha. i keep myspcing for about 2 years mcm tu la. until a new phenomenon came... FACEBOOK *cehh ada background song


facebook, simple name. but dulu aku mana suka fb ni. shit, aku dah lama sgt dgn myspce tuh.sooo aku pekakkan diri aku dr fb ni. BUT LAST LAST, HAHAHA. termakan jugak la. fb okay la, dari ms. mula2 je rasa macam erghhh, pelik je kann. tp lama2 dia dah okay dah. okay penggunaan fb menandakan yg aku ni dh mcm remaja sikit laah. sbb aku memula try time aku
form 2, dunia dah kenal. dah mula rasa nak adaa awek laa. HAHAHAH. semakin lama semakin addicted, tak tipu. semua pernah rasa mcm tu, aku tau sbb aku tulis frm ikhlas tulus dari
hati aku yg merah menyala ni* cewahh. benda phenomena mcm ni, nak taknak kena ade acc jugak. nnt org kata kita ketinggalan zaman. hahaha. lol. psl fb ni jugak laah, byk kerja
aku delay malas nak buat. sbb satu perkataan je, that is KEJAP. hahaha. bila dah asek kejap je, so semua benda siap lambat laah. until lah pmr year, which is 2010. fb-ing tu ade, but mcm tak selalu. i push to my limit la kata org. so lastly, aku dapat straight a's dlm pmr tu dulu. HAKHAKHAK, MEMORY.


sejak pindah bagan, hah fb semua dah lupakan sikit2 la. yelaah bagan kan, nak cari hotspot internet pun takda. kehidupan dekat sini sedikit sebanyak mengubah aku, from smbhyg
aku yg rongak. yeah sini lah aku baru nak start kenal dunia, BARU AKU INGAT. DUNIA bukan terletak dekat dekat fb, myspce, twitter* ceh padahl tade acc tweet. dekat sini? takpayah nak request friend pun, kita memang dah friend. event takpayah nak anounce, sini memang dah perfect. di sinilah dunia yg sebenarnya, bukan di dalam sana. kalau kat rumah kita nak buat apa2, semua boleh. kat sini, kena jaga. ada batas. dia ajar kita utk berdisiplin. hihi. semua kat sini mcm satu family. kena pulak ada kawan2 yg gila2 sikit. semua benda jadi havoc. cool sumpah cool. MEMORY MEMORY :D


yeahh, so ini lah few cerita yg aku nak kongsi dgn korang pasal social network ni, hahaha. benda ni bukan tak boleh, boleh jee. tp kena pandai devide masa laah. jgn jadi mcm org gila, hahahaha. karang tak pasal2 kena masuk hospital mental kan. hihi :D last but not least la, aku first time tulis, pls give me feedback. tak kesah la buruk ke baik ke, aku terima. MACAM ORANG2 TUA CAKAP, PENGALAMAN MEMBINA KEJAYAAN. okay?

*layan lagu ni. nnt ada feel sikit. hahahaha.